assalamualaikum semua peminat emas,
Pagi ini harga emas terus turun mendadak.Sejak malam tadi harga emas turun menyebabkan laman web public gold sesak dan tidak dapat dibuka oleh peminat yang ingin menempah harga beli yang menarik. Kepada yang ada wang tunai, elok beli segera stok dengan email atau sms. Anda boleh juga membeli@menempah emas anda melalui agen anda. Kalau anda terus datang ke pejabat Publicgold alamat tak dapat sebab terlalu ramai orang.
Semalam aku berziarah kePG untuk mengambil dinar emas yang aku tempah dah seminggu tapi tak sampai-sampai.Aku sampai sekitar jam 10.30 pagi dan aku dapat nombor giliran 8. Oleh kerana ramai pelanggan yang berurusan dengan berbagai ragam dan masalah, akhirnya nombor aku dipanggil selepas pukul 2.00 petang.
Pegawai bertugas di PG, bro Shawn dan bro Roman terus sabar dan gigih melayani setiap urusan pelanggan. Mereka sanggup melupakan makan dan minum kerana tekanan emosi dari sistem yang slow dan penantian yang sangat lama. Aku nasihatkan kepada peminat yang nak beli 1 dinar dan sekeping dua emas elok gunakan khidmat agen PG. Mungkin anda akan dikenakan caj perkhidmatan 0.5% tapi masih berbaloi kalau anda terpaksa mengambil cuti dan duduk menunggu berjam-jam sebelum nombor giliran anda dipanggil.
Percayalah...penangan fenomena emas memang mengejutkan!
Jadi tunggu apa lagi, hubungi segera agen emas anda :
019 3339871.@ 019 277 4175
No comments:
Post a Comment